Sebanyak 99 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Isnin depan.
Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, ini susulan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.
Katanya, kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap pada jam 3 pagi, 23 Mei (Selasa) manakala bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 24 Mei (Rabu).